Sifat Al-Quran

1514574280860_crop_604x201.jpgwp-1514578517491..jpg

Sifat Al-Quran

Muzium Al-Quran Melaka
  • An-Nur TERJEMAHAN AN-NUR adalah CAHAYA. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya.
  • Firman Dan Perintah dari Allah s.w.t yang Sebenar-benarnya adalah DI WAJIBKAN MENJALANKAN HUKUM AGAMA ALLAH S.W.T yang telah dinyatakan dalam AL-QUR’AN YANG SUCI PADA SURAH AN-NUR di ayat 1 dan 2 adalah :-

1). Ini satu surah yang di turunkan dan di wajibkan hukum hukumnya serta di turunkan padanya ayat ayat keterangan yang nyata semoga kamu mengambil peringatan. 2). Perempuan yang berzina dan Lelaki yang berzina,hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua duanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua duanya dalam MENJALANKAN HUKUM ALLAH JIKA BENAR KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT SERTA HENDAKLAH DI SAKSIKAN HUKUMAN SEKSA YANG DIKENAKAN ITU OLEH SEKUMPULAN DARIPADA ORANG YANG BERIMAN. ( Terjemahan dari SURAH AN NUR pada ayat 1 dan 2 ). From (Myrbd)

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa’ 4:174)

  • Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa’idah 5:15)

  • Al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

  • Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

wp-1514570321608..jpg

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s