May 14, 2021

KLIK QURAN

THE TRUTH WAY OF LIFE

Hukum Shalat Salah Sebutan Tajwid dan Mahrajnya

3 min read

PERTANYAAN

Hukum seorang imam yang membaca ayat-ayat quran ketika solat dengan salah sebutan, tajwid dan makhrajnya. Adakah ia membatalkan solat. ?

JAWABAN

  • Mazhab Hanafi dan kebanyakan ulama Syafie berpandangan dengan pandangan yang agak keras apabila mereka berijtihad bahawa solat si imam adalah batal, terutamanya apabila makna ayat itu berubah atau tiada makna. Malah sekiranya si imam itu beri’tiqad dengan bacaan salah itu, maka ia boleh menjadi kufur. Tetapi jika tersilap dan diulangi maka solat adalah sah.( Ad-Durrul Mukhtar, 1/589; Rawdah at-Tolibin, hlm 109, cet Dar Ibn Hazm)
  • Manakala kebanyakan ulama mutaakhir menyebut kesilapan dalam tajwid dan makhraj serta tatabahasa di dalam bacaan ayat quran, tidak membatalkan solat. Bagaimanapun sekiranya bertukar huruf yang mudah disebut kepada huruf yang lain seperti “solehat” kepada “tolehat”, maka solat adalah batal secara sepakat ulama. Adapun, jika huruf yang sememangnya agak sukar di lafazkan seperti ‘sin’ dengan ‘shim’ atau bertukar ‘shod’ kepada ‘sin’ dalam bacaan fatihah. Ia tidak membatalakn solat kerana umum al-balwa (perkara silap yang sukar dielakkan).
  • Tidak membaca “tasydid” pada bacaan al-fatihah seperti (iyyaka na’budu) dibaca (iyaka na’budu) atau (rabbil ‘alamin) dibaca ( rabil ‘alamin) akan merosakkan solat.
  • Manakala Mazhab Hanbali berijtihad bahawa sebarang kesilapan di dalam bacaan imam yang menukar erti ayat selain pada bacaan al-Fatihah tidak membatalkan solat. Silap dalam fatihah pasti membatalkan solat. ( Al-Mughni, 2/198)
  • Bagi mengelakkan masalah ini berbangkit, setelah melihat yang paling mengetahui ilmu tentang hukum solat, Nabi SAW amat menggalakkan individu yang layak menjadi imam adalah paling baik bacaannya di samping syarat-syarat yang lain. Berdasarkan hadith : ertinya ” “menjadi imam bagi sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaan al-Qurannya, sekiranya bacaannya sama, maka yang lebih mengathui perihal sunnah” ( Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari, Nasb ar-Rayah, 2/24)
BACA:   Tatacara dan Doa Lengkap Shalat Jenazah

loading...

Материалы по теме:

12 GOLONGAN MANUSIA YANG DI DOAKAN MALAIKAT.
  Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba – hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka ...
Keutamaan Surat Al Fatihah Menurut Hadits Nabi
  Keutamaan surat Al-Fatihah Menuru Hadits Nabi Imam Ahmad ibnu Muhammad ibnu Hambal di dalam kitab Musnad-nya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Sa'id, ...
QURAN DIGITAL : Tafsir Al Maidah 46-47, Hendaklah Pengikut Injil memu­tuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah
. Al-Maidah, ayat 46-47 وَقَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِمْ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ...
Ketika Orang Munafik Disebut Dalam Quran ?
  Dalam Islam terdapat 3 ciri-ciri orang munafik seperti yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang berbunyi. عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله ...
Inilah Firman Allah dalam Quran Yang Menegaskan Nabi Isa atau Yesus Bukan Tuhan
Firman Allah dalam Quran Yang Menegaskan Nabi Isa atau Yesus Bukan Tuhan YESUS ATAU NABI ISA AL-MASIH ALAIHISSALLAM, BUKAN TUHAN JUGA BUKAN ANAK TUHAN
BACA:   Sujud Tilawah, Dalil dan 10 Ayat Sajadah
 لَا ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.